Cara Tambah Like Facebook
Ini adalah bahagian yang dinantikan dan paling banyak carian di Google. Sebenarya dalam apa juga perkara yang ingin anda kongsi di Facebook untuk dapatkan Like yang banyak, pokok asasnya adalah maklumat yang anda sampaikan mestilah menarik, jelas dan mudah difahami. Jika orang lain tidak faham apa yang anda kongsikan atau ingin promosikan, sudah pasti ia gagal menarik perhatian mereka, apatah lagi untuk tekan Like pada maklumat atau fanpage anda. Kemudian barulah kita beralih kepada apa teknik dan strategi berkesan untuk mendapat Like di Facebook. Ia terbahagi kepada 2, iaitu teknik percuma dan teknik berbayar.
Cara Tambah Like Facebook Percuma
Teknik percuma sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang baru mula mengkaji dan memahami selok belok Facebook. Malah ia tidak memerlukan duit dari poket sendiri, hanya sedikit usaha untuk membaca dan aplikasi apa yang panduan yang diberikan. Jika anda suka cara ini, cuba lakukan tips dibawah.
- Tambah Like Percuma Dengan Status Update Profesional - latih diri untuk berkongsi maklumat yang mempunyai nilai dan memberi faedah kepada orang ramai. Memang benar Facebook adalah medium sosial, tapi penting juga untuk anda tahu apa perkara yang rakan anda tidak suka. Contohnya, tak perlu rasanya untuk berkongsi status seperti perasaan sedih, rindu, sakit, lucah, komplen, perkataan kotor dan remeh temeh. Jika anda kerap melakukan perkara ini ia akan membuat rakan anda meluat dan benci untuk melihat profile murahan anda. Paling teruk, jika anda mula serius untuk promosi produk anda, pada masa itu anda mungkin sudah hilang 90% kepercayaan rakan kepada maklumat anda, lebih teruk mereka unfriend anda. Latih diri untuk mula menulis dengan perkataan penuh, menggunakan tatabahasa dan susunan ayat yang baik dan pupuk rasa ikhlas semasa menulis. Jangan terkejut, anda akan dipandang sebagai seorang yang pakar dalam perkara yang anda tuliskan. Ia agak sukar bagi yang baru bermula, tapi percayalah jika anda berusaha tanpa jemu, bak pepatah Melayu - Alah Bisa Tegal Biasa. Jika anda tidak tahu cara untuk bermula, cubalah untuk baca banyak artikel yang berkaitan bidang yang anda ingin ceburi. Lambat laun anda akan hanyut dan terbiasa untuk menulis dengan gaya bahasa yang lebih berkesan dan mudah difahami. Kelebihan apabila anda menguasai kemahiran asas ini, anda akan dikenali sebagai pakar dan menjadi rujukan dalam bidang anda, anda akan mendapat kepercayaan dari setiap perkongsian terbaru, anda akan disenangi dan orang akan berlumba-lumba menjadi rakan anda di Facebook, setiap perkataan anda akan menarik duit masuk ke poket anda, anda akan menjadi popular dan mungkin akan dipanggil oleh pihak akhbar,majalah, radio dan tv untuk mengisi slot mereka. Lakukan sekarang!
- Tambah Like Percuma Dengan Gambar / Grafik Berkualiti - gambar adalah objek yang dapat menarik perhatian otak untuk fokus kepada mesej yang terkandung disebalik gambar tersebut. Perkara ini tidak perlu diajar, ia adalah automatik dan lumrah semulajadi manusia yang suka kepada pemandangan dan objek yang cantik, bagi manusia ia mempunyai mesej dan nilai tersendiri lantas menyentuh hati dan keinginan untuk suka kepada objek tersebut. Apa yang perlu anda lakukan, sediakan gambar yang cantik, menarik dan disukai. Jika anda menggunakan gambar untuk menarik perhatian orang ramai supaya mereka terus Like atau meminta mereka untuk membaca status update anda, tahniah, anda di lorong yang betul. Gunaka tips berikut, gunakan gambar bersaiz besar, gunakan gambar yang jelas dan tajam, warna gambar mestilah jelas dan menarik tetapi tidak melampau dan menyakitkan mata, gunakan gambar yang sopan dan bersesuaian dengan fahaman agama rakan secara umum. Biasanya, pada mulanya orang akan tertarik kepada gambar sebelum mereka rasa ingin tahu selanjutnya lantas mereka akan mencari maklumat lengkap dengan membaca status update anda yang seterusnya. Lagi satu fakta mengejutkan tentang pengguna Facebook adalah mereka sentiasa tercari-cari gambar menarik, apabila mereka buka wall peribadi, mereka akan scroll skrin sehingga kebawah, dan setiap kali gambar muncul di wall, mereka akan berhenti sebentar untuk melihat gambar tersebut, jika menarik mereka akan klik dan terus baca, jika mereka suka mereka akan Like gambar tersebut dan BOOM! disitulah bermulanya proses viral percuma untuk anda. Gambar adalah sesuatu yang subjektif, ia terikat kepada kreativiti dan penilaian peribadi, jadi anda harus kreatif dan yakin dengan keputusan anda. Sentiasa menilai feedback dan respon setiap selang beberapa jam selepas anda post gambar, analisa gambar apa yang rakan atau pelanggan anda paling cepat untuk Like dan paling banyak bilangan Like diperolehi, ulangi langkah ini sentiasa untuk meneruskan rentak dan Like akan terus berkembang untuk anda.
- Tambah Like Percuma Dengan Persembahan Video - video adalah medium paling mudah untuk mendapatkan Like di Facebook serta perhatian rakan dan pelanggan, malangnya tidak ramai yang menguasai teknik ini dengan berkesan kerana ia melibatkan kemahiran memnipulasi gambar, audio, pergerakan dan masa. Jika anda berjaya kongsi satu video berkaitan produk anda, secara tidak sedar anda sudah lakukan 2 teknik diatas dalam satu perkara. Video adalah gabungan elemen gambar, audio, motion/pergerakan, emosi dan juga masa. Jika biasa kita dengar serampang tiga mata, tetapi video adalah serampang beribu mata. Berbalik kepada fungsi otak, video adalah medium paling berkesan untuk mempengaruhi sikap dan kepercayaan seseorang. Tidak hairan jika kita lihat kanak-kanak begitu mudah meniru aksi Ultraman di kaca TV, malah memori tersebut akan sentiasa diingatan selagi masih hidup dan belum nyanyuk. Untuk bermula dengan video, anda tidak perlu pecah kepala, mulakan dengan sumber yang anda ada. Contohnya sekarang anda mempunyai banyak gambar produk dan post di wall Facebook, gunakan sumber ini untuk disatukan kedalam bentuk video. Cara paling mudah adalah buat satu slide presentation tentang produk anda dengan menggunakan Microsoft PowerPoint, susun slide anda mengikut urutan yang sesuai kemudian save dan simpan slide anda dalam bentuk gambar (cari panduan ini di dalam Youtube, gunakan kata kunci ini untuk carian "how to convert powerpoint into image/picture"). Selepas itu, buka YouTube dan login dengan akaun Gmail anda, cari butang Upload, dan pilih option "Create Photo Slideshow", selesai! Selepas video anda berjaya diupload dan mula disiarkan di YouTube, kemudian post video tersebut kedalam Facebook pula. Ini adalah panduan paling mudah untuk anda bermula, tunggu apa lagi, mulakan sekarang!
- Tambah Like Percuma Dengan Menjemput Rakan Facebook - teknik ini paling biasa dilakukan. Caranya sangat mudah, hantar mesej kepada setiap rakan Facebook anda dan minta mereka untuk Like fanpage atau gambar anda.
- Tambah Like Percuma Dengan Tag & Mention Rakan Dalam Gambar/Video - teknik ini agak popular, anda boleh tag dan mention nama rakan anda kepada gambar atau video. Apabila anda lakukan ini,rakan anda akan mendapat notifikasi yang mereka telah di-tag oleh anda kepada gambar atau video. Pastikan anda tag pada gambar dan video yang berfaedah sahaja, ingat tu!