LIKE adalah satu fungsi di dalam facebook yang mewakili perasaan seseorang serta ia menunjukkan seseorang itu suka, cinta, minat, setuju dengan sesuatu maklumat yang disediakan oleh orang lain.
Apa Maklumat Yang Boleh di Like di Facebook?
Maklumat yang dibenarkan oleh facebook adalah:-
- Status Update
- Gambar
- Video
- Link / Pautan
- Event
- Questionnaire / Survey
- Fanpage
- Wikipedia
- Lokasi
- Applikasi / Game
Apa Kelebihan Fungsi Like di Facebook?
Kelebihan paling utama adalah maklumat dapat disebarkan secara luas dan bersifat viral. Berikut adalah kelebihan lain fungsi Like:-
- Bersifat viral, jika seseorang yang mempunyai 500 rakan dalam akaun Facebook tekan Like pada Gambar Kucing Comel, kesemua 500 rakan beliau secara automatik dapat melihat aktiviti dan gambar yang di Like tadi.
- Bagi peniaga yang mempunyai Fanpage Facebook, semakin bertambah bilangan Like bermaksud semakin terkenal produk jualanya. Secara tak langsung mereka membina kekuatan jenama atau branding di platform Facebook. Biasanya pelanggan yang membeli secara online akan meletakkan kepercayaan kepada produk yang paling banyak bilangan Like. Jadi Like secara rasminya salah satu faktor untuk tingkatkan jualan jika anda peniaga online di Facebook.
- Like mampu menjimatkan masa dan kos pengiklanan. Kelebihan ini dinikmati oleh peniaga yang sentiasa mementingkan keberkesanan kos pengiklanan dengan hasil jualan. Tahukah anda, apabila semakin banyak Like yang diterima oleh sesuatu maklumat, semakin tersebarlah maklumat tersebut daripada seorang pengguna kepada rakan-rakan mereka pula. Kemudian rakan-rakan mereka akan berkongsi maklumat tersebut secara automatik kepada rakan yang lain pula. Ia berterusan selagi ada yang tekan button Like.
- Maklumat senang dan cepat tersebar jika dibandingkan dengan medium pengiklanan lain.
- Like di Facebook mampu merubah hidup seseorang. Ya benar. Ia boleh berlaku dalam dua hala, sama ada berubah menjadi lebih baik dan boleh juga menjadi lebih buruk. Sebagai contoh kes benar yang berlaku adalah yang berlaku pada bulan puasa yang lepas. Sepasang berbangsa Cina yang menyindir umat Islam dengan upload gambar mereka makan daging khinzir sambil meletakkan simbol halal Jakim. Ia menjadi isu yang serius sehingga mereka didakwa ke mahkamah. Jadi ada perlu berhati-hati dengan setiap kenyataan dan maklumat yang anda kongsikan